Skip to main content

Posts

Uninstalled My Instagram Again

  Haritu, aku rasa tak produktif. Aku rasa takde semangat dan mood untuk siapkan assignment yang bertimbun. Entah kenapa. Aku rasa nak buat benda lain, dan aku asyik mengelak daripada tugasan-tugasan aku. Lepas tu mula rasa anxious tak tentu pasal, rasa down, rasa macam kalau boleh nak ada button pause je untuk life aku. Aku nak berhenti kejap dari semua benda, tapi aku tak tahu untuk apa. Dengan duduk rumah tak banyak cakap, aku rasa lonely walaupun ada social media. Instagram, Twitter dan lain-lain. Eh, Twitter aku dah lama delete. Kalau aku rasa nak bukak aku akan bukak Twitter kat browser, walaupun Twitter kat browser phone ni rasa kurang bestnya daripada app dia. Baguslah tu. Kurang rasa nak bukak Twitter. Satu hari tu, aku macam biasa la online class. Aku perasan something. Aku dah tak semangat nak dengar apa yang lecturer cakap. Slide yang dia share pun tengok tak tengok je. Mindset aku, "Alaa nanti download jelah haih". Aku rasa teruk sebenarnya. Kenapa aku tak ada k
Recent posts

Saya kembali.

  Hai semua. Hahaha macamlah ada yang baca. Ini entri kedua setelah sekian lama menyepi sejak blog post pertama aku. Banyak benda dah jadi. Blog post yang pertama tu sebenarnya aku publish waktu aku kat matriks. Pinjam internet kawan, pinjam laptop siapa tah. Dipendekkan cerita, sekarang aku dah ada laptop dan sepatutnya aku dah start rajinkan diri menulis sebab itulah antara angan2 awal aku dulu. "kalau aku ada laptop, mesti senang aku nak menulis." hahahah jadi saya ingin menurut perintah diri saya yang lama dan tak nak mengecewakannya. Idea/Buah Fikiran Lately ada banyak ideas, thoughts, and inspirations yang menjengah masuk akal aku. Aku rasa rugi kalau tak share dan rugi kalau aku biarkan je dalam akal aku. Jadi aku ambil keputusan untuk slow2 start menulis idea dan buah fikiran yang aku rasa bermanfaat dan perkongsian2 daripada buku, blog posts, videos yg aku jumpa. Dengan cara macam ni boleh la aku mengasah kemahiran menulis aku (kalau aku menulis BM betul la, ni pun

MENGUBAH DUNIA dengan MENULIS

Pernah tak waktu korang baca buku, novel,majalah, dan bahan bacaan yang lain, tiba-tiba minda kau dihujani soalan-soalan macam, . . “Siapa tulis semua ni ? Takde kerja lain ke atau tu memang kerja diorang ? Berbaloi ke ? Berapa banyak duit diorang dapat dengan menulis ?”.    Kau fikir semua penulis menulis kerana duit semata-mata ? Mungkin ramai penulis bercita-cita mahu jadi seperti Joanne Rowling (J.K. Rowling) yang menjadi kaya-raya hanya dengan menulis. Oh ya ! Buat pengetahuan korang, Joanne Rowling ni tulis buku pertama dia seawal 6 tahun. Power tak power ! Korang buat apa je waktu umur 6 tahun ? Hahaha. Okayy, jom sambung. Ramai je penulis yang menulis bukan kerana duit. Diorang tak kisah pun dapat duit ke tak. Dah tu diorang menulis untuk apa ? Haa, meh aku cerita.    Mereka yang menulis dengan menjadikan duit hanya sebagai faedah sampingan ialah golongan penulis yang betul-betul sedar akan kuasa sesebuah penulisan. Daripada sini, aku boleh pecahkan golongan