Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2020

MENGUBAH DUNIA dengan MENULIS

Pernah tak waktu korang baca buku, novel,majalah, dan bahan bacaan yang lain, tiba-tiba minda kau dihujani soalan-soalan macam, . . “Siapa tulis semua ni ? Takde kerja lain ke atau tu memang kerja diorang ? Berbaloi ke ? Berapa banyak duit diorang dapat dengan menulis ?”.    Kau fikir semua penulis menulis kerana duit semata-mata ? Mungkin ramai penulis bercita-cita mahu jadi seperti Joanne Rowling (J.K. Rowling) yang menjadi kaya-raya hanya dengan menulis. Oh ya ! Buat pengetahuan korang, Joanne Rowling ni tulis buku pertama dia seawal 6 tahun. Power tak power ! Korang buat apa je waktu umur 6 tahun ? Hahaha. Okayy, jom sambung. Ramai je penulis yang menulis bukan kerana duit. Diorang tak kisah pun dapat duit ke tak. Dah tu diorang menulis untuk apa ? Haa, meh aku cerita.    Mereka yang menulis dengan menjadikan duit hanya sebagai faedah sampingan ialah golongan penulis yang betul-betul sedar akan kuasa sesebuah penulisan. Daripada sini, aku boleh...