Haritu, aku rasa tak produktif. Aku rasa takde semangat dan mood untuk siapkan assignment yang bertimbun. Entah kenapa. Aku rasa nak buat benda lain, dan aku asyik mengelak daripada tugasan-tugasan aku. Lepas tu mula rasa anxious tak tentu pasal, rasa down, rasa macam kalau boleh nak ada button pause je untuk life aku. Aku nak berhenti kejap dari semua benda, tapi aku tak tahu untuk apa. Dengan duduk rumah tak banyak cakap, aku rasa lonely walaupun ada social media. Instagram, Twitter dan lain-lain. Eh, Twitter aku dah lama delete. Kalau aku rasa nak bukak aku akan bukak Twitter kat browser, walaupun Twitter kat browser phone ni rasa kurang bestnya daripada app dia. Baguslah tu. Kurang rasa nak bukak Twitter.
Satu hari tu, aku macam biasa la online class. Aku perasan something. Aku dah tak semangat nak dengar apa yang lecturer cakap. Slide yang dia share pun tengok tak tengok je. Mindset aku, "Alaa nanti download jelah haih". Aku rasa teruk sebenarnya. Kenapa aku tak ada keinginan untuk belajar ? Sedangkan ini la jurusan yang aku minat. Dulu relevan lah bagi aku untuk tak ada rasa nak belajar sebab aku belajar subjek yang aku tak minat pun. Waktu kelas online, fikiran aku mula menerawang. Aku cuba cari punca kenapa aku jadi macam ni. Okayy kita abaikan part down nak belajar tu sebab lepas tu aku tersedar yang bila aku free je or bosan aku automatik bukak Instagram. Habit ni dah lama aku padam dalam hidup aku. Macam mana boleh datang balik pun aku tak tahu. Okayylah jom dengar cerita aku jap.
Addicted dengan Instagram
Waktu aku belajar dekat matrikulasi dulu, aku addicted dengan Instagram. Rasa macam sehari tu mesti dekat seratus kali bukak tutup Instagram hahahah. TAPI time dekat matrikulasi jugaklah aku berjaya kurangkan and buang tabiat buruk aku tu. Waktu ni aku banyak start mengikuti channel-channel productivity, self-help, study ha kategori tu lah. Sebab apa ? Sebab aku rasa diri aku teruk bab-bab tu. Aku tak ingat aku start dengan siapa, cuma sekarang aku ada banyak list youtuber-youtuber yang aku minat dalam bidang ni. Salah seorang daripadanya ialah Matt D'Avella. Kalau tak silap aku kenal dia daripada video dia "I quit social media for 30 days". Time tu dia memang tengah start projek dia yang 12 habits dalam masa setahun tuh. Memang timing kena la aku kenal dia tahun tu. So lepas start kenal dia tu memang laju je aku tekan kalau notification keluar nama dia, sebab aku suka betul dengan video-video dia. Dialah yang encourage aku untuk try buang social media apps time tu. Maka aku pun delete Instagram memandangkan aku addicted dengan Instagram waktu tu. I'm not sure about Twitter, aku tak ingat aku uninstall ke tak. Rasa macam tak, sebab time tu aku boleh kawal penggunaan Twitter. Jadi, setelah beberapa minggu lepas tu, aku rasa bahagia sangat tak terikat dengan Instagram lagi. Tiada lagi keinginan buka Instagram. Kemudian, tak ingat berapa lama lepas tu aku install balik Instagram. Cuma aku perasan yang aku hanya akan bukak Instagram bila rasa nak post something or up story je. Jarang scroll tanpa hala tuju. Time tu aku rasa bagus dengan diri sendiri. Ahaha.
Konsistensi yang goyah
Kembali kepada realiti. Setelah sekian lama dapat mengawal penggunaan Instagram, akhirnya aku goyah semula hahahah. Setelah buat analisis terhadap penggunaan Instagram aku, aku dapat simpulkan benda ni terjadi atas beberapa sebab utama. Pertama, aku aktif guna Instagram waktu awal-awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebab tolong kawan aku uruskan bisnes dia kat Instagram. Kedua, aku rasa lonely jadi aku buat story macam-macam dengan harapan dapatlah bersosial sikit. Lain pulak jadinya sebab aku kemudiannya rajin bukak Instagram walaupun tanpa ada apa-apa sebab. Setiap kali jadi macam tu, aku tanya diri aku balik,"Kau dah kenapa, Naeem?". Unconciously opening Instagram is such a stupid thing for me. Aku tak nak minda aku dikawal oleh media social sampai tahap macam tu. Aku terus delete apps tu. Awal-awal tu macam, "Eh macam mana kalau ada orang DM?". Lepas tu aku macam ah lantaklah. And aku buat keputusan untuk hanya bukak Instagram kat browser melainkan hal-hal tertentu yang memerlukan aku untuk install semula. Kalau sekadar check ada orang DM ke tak tu check kat browser jelah. Kalau nak post something baru aku akan install, post and uninstall. Ahahah nampak pelik ke ? Tak pelik okayyy. Pelik lagi korang bukak Instagram setiap kali tak tau nak buat apa. Seram duh. Kau tengoklah, ada masa terluang sikit je kita terus bukak phone check Twitter lah check Instagram lah tanpa berfikir pun kita bukak. Dia macam automatik. Sebab apa ? Sebab dah terbiasa. Serius aku boleh membebel panjang lagi pasal benda ni dari sudut lebih teknikal and teoritikal. Kalau nak bagitau je, nanti aku buat entri khas pasal tu.
Kesedaran yang berharga
Aku bersyukur aku diberikan kesedaran tentang benda-benda ni walaupun kadang-kadang aku sendiri terperangkap dalam masalah yang sama, "ketagihan media sosial". Lepas aku uninstall Instagram tu, aku rasa pelik. Sebab biasanya bila aku tak tau nak buat apa, automatik aku bukak Instagram without a doubt. Sekarang lepas aku uninstall, aku rasa macam ada benda yang hit me. Aku bukak phone, pastu aku macam eh aku nak bukak apa nih. Aku tersenyum menyedari minda aku yang tertipu. Instagram sudah tiada lagi. Hanya ada Whatsapp dalam phone aku. Oh ya Facebook ada je, cuma aku tak layan Facebook. Lagipun takleh uninstall hahahah. So awal-awal lepas uninstall tu memang selalu bukak phone secara automatik bila tak tau nak buat apa tapi tutup balik phone lepas tu sebab baru ingat yang bukan ada apa pun dalam phone hahah. Dengan itu, aku dapat memikirkan benda-benda lain yang aku boleh buat seperti baca novel, buku-buku, Quran dan siapkan tugasan-tugasan universiti. Oh ya dalam phone aku takde game pun. Ada lah satu, Among Us, tapi aku install baru-baru ni sebab rakan-rakan universiti aku yang aku belum pernah jumpa tu diorang yang kata nak ajak main tapi masalahnya tak main-main ahahah. Aku install Among Us ni pun tak pernah bukak lagi walaupun dah berminggu-minggu install. Tak reti main pulak tuh. Aku agak bangga dengan diri aku dalam bab ni sebab dulu aku sangat-sangat tak pandai mengawal penggunaan gajet. Main games, layan social media bagai tiada penghujung dan macam-macam lagi. Itu jelah entri kali ini. Jumpa lagi, byeeee.
Comments
Post a Comment