Skip to main content

Saya kembali.

 

Hai semua.

Hahaha macamlah ada yang baca. Ini entri kedua setelah sekian lama menyepi sejak blog post pertama aku. Banyak benda dah jadi. Blog post yang pertama tu sebenarnya aku publish waktu aku kat matriks. Pinjam internet kawan, pinjam laptop siapa tah. Dipendekkan cerita, sekarang aku dah ada laptop dan sepatutnya aku dah start rajinkan diri menulis sebab itulah antara angan2 awal aku dulu. "kalau aku ada laptop, mesti senang aku nak menulis." hahahah jadi saya ingin menurut perintah diri saya yang lama dan tak nak mengecewakannya.


Idea/Buah Fikiran

Lately ada banyak ideas, thoughts, and inspirations yang menjengah masuk akal aku. Aku rasa rugi kalau tak share dan rugi kalau aku biarkan je dalam akal aku. Jadi aku ambil keputusan untuk slow2 start menulis idea dan buah fikiran yang aku rasa bermanfaat dan perkongsian2 daripada buku, blog posts, videos yg aku jumpa. Dengan cara macam ni boleh la aku mengasah kemahiran menulis aku (kalau aku menulis BM betul la, ni pun bahasa pasar) sebab aku memang minat menulis sejak sekolah rendah ya. Cuma dibiarkan sahaja benih minat tu. Hmm maybe aku patut buat satu post pasal minat aku hahahah, entahla rasa macam nak share walaupun aku tahu takde yg baca melainkan aku share dkt kawan2 yg aku nak share (mungkin tak).


Disiplin/Pengurusan Masa

Aku rasa dengan start menulis balik, aku dapat latih disiplin diri lebih2 lagi part pengurusan masa. Aku dah penat cakap kat diri sendiri aku terlalu busy untuk ini untuk itu. Dah banyak personal projects and ideas yg aku abaikan (yg mungkin boleh jadi gold ideas yg mengubah hidup aku). Aku sibuk dengan degree aku yg tak habis2 melukis dan semua benda pasal seni. Okayy, aku ada banyak minat tau. Aku ni multipotentialite. Kalau boleh aku nak pursue semua bidang yg aku minat sedalam mungkin walaupun aku rasa tak realistik tapi aku percaya usia aku sekaranglah usia untuk belajar banyak benda, explore banyak cabang ilmu sebab bila dah besar nanti confirm lagi busy. Okayy back to the point, aku harap dengan start menulis balik aku boleh biasakan diri aku menyibukkan diri dengan explore minat2 aku ni.


Meluah/Brain Dump

Menulis macam ni buat aku rasa lapang sikit. Selalunya fikiran aku penuh dengan macam2 thoughts. Kadang2 jugak rasa macam nak meluahkan apa yg terbuku di hati / pendapat tapi macam takde audien. Harapnya lepas2 ni aku dapat jadikan menulis ni sebagai medium untuk aku meluahkan apa je yang aku rasa dan apa2 sahaja yang terlintas dalam minda aku yang aku selalu sangat berkongsi dengan orang lain. Mungkin dia tak akan jadi macam entri yang kemas dan informative sangat tapi aku buat tu untuk diri aku hahahaha yang mana dapat manfaat tu alhamdulillah. Oh btw nanti maybe aku cerita sikit pasal 'brain dump' ni tengoklah macam mana. Haaaa tu je la rasanya.

So itu je untuk kali ni. Just nak get started je nih. ok byeeeeee.

Comments