Skip to main content

MENGUBAH DUNIA dengan MENULIS


Pernah tak waktu korang baca buku, novel,majalah, dan bahan bacaan yang lain, tiba-tiba minda kau dihujani soalan-soalan macam, . . “Siapa tulis semua ni ? Takde kerja lain ke atau tu memang kerja diorang ? Berbaloi ke ? Berapa banyak duit diorang dapat dengan menulis ?”.

   Kau fikir semua penulis menulis kerana duit semata-mata ? Mungkin ramai penulis bercita-cita mahu jadi seperti Joanne Rowling (J.K. Rowling) yang menjadi kaya-raya hanya dengan menulis. Oh ya ! Buat pengetahuan korang, Joanne Rowling ni tulis buku pertama dia seawal 6 tahun. Power tak power ! Korang buat apa je waktu umur 6 tahun ? Hahaha. Okayy, jom sambung. Ramai je penulis yang menulis bukan kerana duit. Diorang tak kisah pun dapat duit ke tak. Dah tu diorang menulis untuk apa ? Haa, meh aku cerita.

   Mereka yang menulis dengan menjadikan duit hanya sebagai faedah sampingan ialah golongan penulis yang betul-betul sedar akan kuasa sesebuah penulisan. Daripada sini, aku boleh pecahkan golongan ni kepada dua pecahan (yang aku sendiri reka). Pertama , penulis ‘tangan kanan’. Mereka ini menulis dengan jiwa yang mulia, menulis atas dasar kewajipan menyampaikan ilmu. Mereka juga menulis atas dasar kewajipan berdakwah dan mendidik masyarakat. Mereka sedar bahawa dunia penulisan merupakan suatu wadah penyampaian ilmu yang paling dominan. Maklumlah, sekarangkan zaman celik huruf yang memungkinkan ilmu sampai kepada semua lapisan masyarakat. Mereka juga berdakwah melalui medium penulisan kerana sedar akan pengaruh daripada penulisan mereka amat besar kepada masyarakat sehingga mampu menguasai pemikiran mereka.

   Sebaliknya, golongan kedua iaitu penulis ‘tangan kiri’ pula mengambil kesempatan atas kuasa sesebuah penulisan. Mereka menjadikan medium penulisan sebagai wadah penyebaran ideologi yang bermacam bagi merosakkan ketamadunan ummah. Kita kena berwaspada dengan serangan pemikiran oleh musuh-musuh kita ni lagi-lagi bila kita melayari Internet, media sosial, dan lain-lain. Ramai juga penulis ‘tangan kiri’ yang menulis demi kepentingan politik dan pengaruh mereka. Penipuan, penyelewengan maklumat, hasutan, dan berbagai-bagai teknik digunakan dalam penulisan mereka demi kepentingan diri sendiri yang akhirnya memusnahkan peradaban bangsa kita. Penulis lirik yang menulis lirik-lirik lagu yang lucah dan melalaikan, penulis akhbar yang menulis khabar palsu untuk pihak tertentu, dan banyak lagi ! Sedarlah !!

“Kenapa kau guna istilah ‘tangan kanan’ dengan ‘tangan kiri’ ?”

Penulis kan menulis dengan tangan. Penulis ‘tangan kanan’ menyebarkan ilmu dan kebaikan. So, tulisan mereka menjadi ‘amalan kanan’ mereka (meraih pahala jariah). Begitu juga sebaliknya, penulis ‘tangan kiri’. Hahaha. Macam2 kan aku ni.

   Masih ingat Syeikh Tahir Jalaluddin al-Falaqi al-Azhari dan sahabatnya, Sayed Syeikh al-Hadi yang menyampaikan Islam dan menyedarkan masyarakat supaya bangkit menentang penjajah melalui Majalah al-Imam ? Ha, bukalah buku sejarah. Imbau semula sejarah tanah air kita ni. Lihatlah mereka, mereka membina tamadun pemikiran bangsa dengan menulis ! Bukalah mata, saudara saudari sekalian. Mereka ini seharusnya kita jadikan contoh. Ada bakat usah dipersiakan. Mulalah mengasah bakat dari sekarang. Bila lagi,kan ?

“ With great power comes great responsibility. “
-Stan Lee-



Comments

read more,

Saya kembali.

  Hai semua. Hahaha macamlah ada yang baca. Ini entri kedua setelah sekian lama menyepi sejak blog post pertama aku. Banyak benda dah jadi. Blog post yang pertama tu sebenarnya aku publish waktu aku kat matriks. Pinjam internet kawan, pinjam laptop siapa tah. Dipendekkan cerita, sekarang aku dah ada laptop dan sepatutnya aku dah start rajinkan diri menulis sebab itulah antara angan2 awal aku dulu. "kalau aku ada laptop, mesti senang aku nak menulis." hahahah jadi saya ingin menurut perintah diri saya yang lama dan tak nak mengecewakannya. Idea/Buah Fikiran Lately ada banyak ideas, thoughts, and inspirations yang menjengah masuk akal aku. Aku rasa rugi kalau tak share dan rugi kalau aku biarkan je dalam akal aku. Jadi aku ambil keputusan untuk slow2 start menulis idea dan buah fikiran yang aku rasa bermanfaat dan perkongsian2 daripada buku, blog posts, videos yg aku jumpa. Dengan cara macam ni boleh la aku mengasah kemahiran menulis aku (kalau aku menulis BM betul la, ni pun...